Naturactor Cover Cream China vs Jepun!!!

Cik Kiah: "Eh, Cik Non! Kau tau tak pasal foundation Naturactor tuh??"

Cik Non: "Sah-sah aku tau! Foundation tu memang popular sekarang ni. Maklumlah, harga murah tapi kualiti memang top! Berbaloi la dengan harga dia. Lagipun, ramailah makeup artist pakai. Eh, yang kau tanye ni napa? Kau nak beli ke?"

Cik Kiah: "Memang nak beli...tapi aku tak tau lah...ada yang dari China, ada yang dari Jepun....ada kata yang China tu tak baguih sebab takut tiruan...tak mau la muka aku rosak sebab pakai tiruan ni"

Cik Non: "Isk kau ni, tak semua dari China tu tiruan. Kau tak tau ke banyak je barang branded dan high class dlm dunia ni banyak buat kat China? Meh aku story skit kat kau pasal foundation ni......"



Ha ha ha..mungkin ramai yang terfikir mcm Cik Kiah tu kan? Confuse tak tau nak beli yang Jepun atau China dan sejauh mana ke-original-an barang tersebut. So berikut adalah review saya tentang kedua-dua barang:

Ciri-ciri Fizikal:

1. Tulisan pada penutup 


Penutup pada bekas ori dari Jepun tertera "NATURACTOR" dlm tulisan rumi. Tapi bekas dari China tertera "Naturactor" tapi dlm tulisan Cina.  Ori Jepun datang dalam individual boxes mana kala ORI China datang dlm pek yang besar (jadi pembeli memang tidak akan dapat kotak jika beli krim ini)**Perhatian: Penutup shj tidak mampu bezakan ori atau tiruan 100% kerana yang tiruan juga boleh tertera tulisan yang sama seperti dlm gambar**


2. Bentuk penutup


Penutup dari Jepun adalah berbentuk rata dan dari China adalah lebih membulat. Tapi, kedua-dua nya sama berat dan tidak memberi kesan kepada kuantiti krim di dalam nya **Perhatian: penutup tiruan boleh juga mempunyai bentuk penutup seperti di atas**


3. Bahagian bawah bekas


Yang ini mungkin part paling penting terutama nak beza ori atau tidak. ORI Jepun tidak mempunyai hologram kerana rata-rata barang yang di Jepun memang tidak ada yang tiruan, jadi mereka (Jepun) tidak perlu meletakkan hologram. Tetapi, ORI China letak hologram kerana mereka (China) perlu bezakan antara yang tiruan atau tidak. Gambar diatas merupakan hologram lama, gambar bawah hologram yang terbaru dari Meiko (bhg sticker bewarna kelabu itu boleh digores dan akan tertera no. pada sticker tersebut)

**Perhatian: Sticker pada yang tiruan lebih kepada warna kekuningan atau hijau cair berbanding warna hiijau gelap pada yang ori**



4. Kondisi krim dalam bekas

Kod 140 tu dah dipakai jadi nampak berlekuk...kod 141 tu baru (gambar diambil SEBELUM tuan kedai pkai dimuka

Jika buka penutup bekas, sila perhatikan betul-betul kondisi krim tersebut sebelum mencalit nya dgn span/jari. Jika krim ORI, krim nya nampak padat, tidak cair dan tidak berminyak. Dan, coverage nya sangat penuh, bermakna hanya calit sedikit sudah mampu menutup cela-cela sederhana dgn mudah. Pendek kata, satu bekas ini mampu bertahan lama kerana hanya guna sedikit shj setiap masa. **Perhatian: Krim tiruan adalah cair/lembik dan berminyak atau tekstur yang kasar bila disapu pada kulit. Selain itu, coverage krim tiruan sgn nipis dan memerlukan kuantiti yang banyak utk menutup cela-cela sederhana**


PERBEZAAN KUALITI NATURACTOR ORIGINAL JEPUN VS ORIGINAL CHINA

Perbezaan nya? TIADA. Saya ulangi.. TIADA perbezaan kualiti antara original dari Jepun atau China. Saya katakan demikian kerana:

1. Saya sendiri telah mencuba kedua-duanya untuk memuaskan hati saya sendiri dan pelanggan atau bakal-bakal pelanggan. 

2. Kedua-duanya memang tidak berminyak dan sangat halus dan lembut setelah disapukan pada kulit. 

3.Coverage kedua-duanya adalah sama/setanding dan mudah untuk diratakan ke seluruh muka menggunakan span.

4. Tiada perbezaan membuktikan bahawa tidak semua naturactor china adalah tiruan dan yang original mestilah dijaga kualiti dan standardnya agar sama dengan original dari Jepun [Contohnya, kini banyak kereta mewah dipasang di Malaysia, tapi apakah kualiti nya terjejas semata-mata tidak dipasang dinegara asal? TIDAK SAMA sekali..kerana semua kilang itu ada QUALITY CONTROL yang ketat]


Perbezaan yang ketara adalah mungkin pada harga sahaja. Ini adalah kerana, nilai matawang Jepun adalah lebih tinggi dan rata-rata supplier di Malaysia ambil stok dari China kerana kosnya lebih murah dan lebih mampu milik. 


Jadi, harap para pembeli tidak lagi ragu-ragu tentang naturactor original dari China dan tanggapan bahawa Naturactor China adalah tiruan atau tidak bagus berbanding Naturactor Jepun adalah SALAH sama sekali.


**Kesemua gambar adalah milik Makeup-do-wonders sendiri**Jika sesiapa ingin mengambil apa jua info/gambar dari blog ini haruslah meminta kebenaran dari pihak kami**STOK NATURACTOR UTK KOD 141, 151 DAN 152 MASIH ADA....HARGA TERBARU RM42 (TERMASUK POS)...SILA HUBUNGI SAYA DENGAN SEGERA UTK PEMBELIAN**


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...